Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Angan Jadi Kenyataan Buat Syamim!
Angan Jadi Kenyataan Buat Syamim!
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Syamim Binti Mohd Farid, atau lebih dikenali sebagai Syamim merupakan seorang gadis yang sederhana, ringkas dan ceria. Dengan berbekalkan kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi, Syamim kini selesa bergelar finalis Dewi Remaja 2014/15.

 

Di cungkil bakatnya dari Pencarian Bakat Pengacaraan yang telah di kendalikan oleh Remaja beberapa tahun yang lalu, kini Syamim telah melangkah masuk ke  dunia pengacaraan di sebuah stesyen penyiaran tempatan. Walaupun masih muda dan kurang pengalaman dalam bidang tersebut, bakat yang syamim miliki sejak kecil itu telah bertukar menjadi tuah. Syamim diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebuah rancangan membeli belah pertama di Malaysia sekaligus menjadi pengacara paling muda dalam organisasi tersebut.

 

Menurut gadis berperwatakan lembut ini, dirinya tidak pernah menyangka angan-angannya ini akan bertukar menjadi kenyataan dalam sekelip mata. Mula berjinak dalam bidang peragaan dan pengiklanan seawal usia 19 tahun Syamim terus kekal aktif hingga ke hari ini.

 

Antara iklan yang Syamim pernah muncul adalah seperti seperti Nescafe, Johnson’s Baby Care bersama idolanya Scha Alyahya, Nestle Yogurt Bliss, Fair & Lovely, Nestle Ais Krim Goreng dan banyak lagi.

 

Dia juga sempat kongsikan pada kami, dirinya sangat berminat untuk mengacarakan sebuah program travelogue seperti Mad Markets dan NONA. Malah, dia juga ingin menjadi seorang pengacara yang berkaliber dan bijak seperti idolanya Azizah Ariffin.