Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Annees Di Ajak Selfie Jam 4 Pagi ?
Annees Di Ajak Selfie Jam 4 Pagi ?
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Agak tercuit hati ini bila mendengar cerita-cerita pengalaman peserta Dewi Remaja bila berdepan  dengan penyokong #team mereka. Macam-macam cerita dan gelagat yang mereka temui antaranya baru-baru ini Annees sempat berkongsi cerita dirinya di ajak selfie seawal jam 4 pagi.

 

“Masa tu pukul 4 pagi, Annees memang tengah lapar, dengan muka yang polos dan tak bermake up apa-apa Annees pergi lah ke McDonald and had my supper kat sana. Sekali ada orang datang kat Annees dan cakap nak selfie dengan Annees sebab dia salah seorang #teamanneessofia.”

 

Oleh kerana Annees tidak mahu mengecewakan penyokongnya itu, Annees segera bangkit dan bergambar dengannya.

 

Annees sempat bergurau dengan salah seorang wartawan Remaja dengan berkata,

 

“kak, muka saya masa tu memang selekeh, agaknya sebab tulah sampai sekarang dia tak upload and tag nama saya.” Sambil tergelak kecil.