Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Astro & Dewi Remaja 2014/15 Berkolaborasi dI Kaca TV!
Astro & Dewi Remaja 2014/15 Berkolaborasi dI Kaca TV!
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Pihak Astro Ria telah berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Majalah REMAJA untuk menerbitkan program Dewi Remaja 2014/2015. Program ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135) bermula 4 April 2015 yang lalu.

Selama 8 minggu, 18 finalis akan diuji dengan beberapa cabaran seperti pengacaraan, lakonan, imej, solekan,peragaan dan juga fotografi. Bagi merancakkan lagi penganjuran pada musim ini, bekas juara Hero Remaja 2008 iaitu Kamal Adli akan bergandingan bahu bersama hos Hlive! Iaitu She Nabilla selaku pengacara program Dewi Remaja 2014/2015.

Selebriti popular Erra Fazira dan Edry Abdul Halim telah dilantik sebagai juri tetap. Manakala seorang juri jemputan juga akan diundang setiap minggu mengikut cabaran yang telah ditetapkan. Antara selebriti yang telah diundang termasuklah Aleeza Kassim, Thanuja dan banyak lagi.

“Astro sentiasa akur dengan permintaan para pelanggan yang mahukan pengisian yang segar dan terkini. Kolaborasi untuk menerbitkan program Dewi Remaja 2014/2015 ini adalah antara inisiatif Astro untuk memberikan peluang kepada gadis-gadis muda di luar sana dengan menyediakan sebuah platform bagi menjana daya kreativiti dan kemahiran sekali gus menyerlahkan bakat terpendam serta potensi yang mereka miliki,” Kata Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad.

Jenama krim pencerah dan penjagaan kulit nombor 1 Di Malaysia, Fair & Lovely merupakan penaja utama bagi Dewi Remaja 2014/2015. Fair & Lovely dipilih sebagai penaja utama atas objektif yang sama iaitu merealisasikan impian para gadis remaja.

Selain dari itu, Sunsilk juga merupakan penaja bersama Dewi Remaja. Sunsilk jenama penjagaan rambut terkemukaingin memberi peluang pada 18 gadis finalis Dewi Remaja 2014/15 mencapai impian melalui platform yang unik seperti Pertandingan Dewi Remaja ini.

Dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti Dewi Remaja 2014/15 serta galeri gambar & video program ini di www.dewiremaja.com dan www.glamgempak.com.my atau ikuti mereka di laman sosial Instagram dengan hashtag #dewiremaja.