Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Cinta Kate Pada Dunia Peragaan
Cinta Kate Pada Dunia Peragaan
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Sikap optimis yang dimiliki oleh gadis bernama Kate Davies telah membuatkan dirinya kekal berada di dalam industri peragaan selama 6 tahun.Walaupun pelbagai cabaran yang perlu dilaluinya kate terus kekal positif mengejar cita-cita untuk berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburinya. Dengan menggunakan kelebihan yang ada, Kate sentiasa bijak mengatur langkah dan merebut setiap peluang yang muncul di depan matanya.

 

Kate boleh memberikan pelbagai ekspresi muka bergantung kepada permintaan jurugambar kerana setiap sisi muka Kate mempunyai ciri yang berbeza. Setakat ini Kate sudah melakukan penggambaran bagi lebih daripada 7 karakter. Antaranya Marilyn Monroe, Geisha, Lara Croft dan Samurai” ujar gadis kacukan berwajah pan Asian ini.

 

Menurut Kate atau nama sebenarnya Kathrina bt Ridzuan, dirinya akan sentiasa berkerja keras melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan demi mendapatkan hasil yang terbaik. Dia juga sempat berkongsi, pengalaman paling mencabar adalah apabila dia terpaksa melakukan beberapa aksi lagak ngeri bagi karakter seperti Lara Croft. Sungguh pun begitu, Kate sentiasa dalam keadaan bersedia dan tidak dinafikan dirinya telah membuat sedikit kajian bagi menjiwai watak seperti menonton semula tayangan cerita tersebut berulang kali. Cara ini dapat meminimalkan kesalahan ketika berada di lokasi pengambaran.

 

Bukan sahaja untuk pengambaran Lara Croft, kate juga akan memastikan dirinya membuat persediaan awal terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugasan atau hadir ke mana-mana sesi fotografi yang lain untuk memudahkan proses pengambaran dan krew yang terlibat. Baginya, tindakannya ini bukan sahaja untuk menghayati watak malah ia juga dapat mendisiplinkan dirinya lagi.

 

Selain daripada menceburi dalam bidang peragaan, Kate juga ingin mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

 

 

 

 

TRIVIA

-          Merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik.

-          Walaupun ayah berbangsa Inggeris, Kate lebih cenderung mengikuti sifat kemelayuan ibu yang berasal daripada keturunan Melayu Jawa.

-          Pernah bekerja dibeberapa syarikat insurans sebelum menceburi bidang modeling.

-          Suka melancong kerana dapat mempelajari budaya lain.

-          Suka memasak dirumah, lebih-lebih lagi masakan Melayu yang diajar oleh ibu.

-          Sentiasa mencari masa untuk bersenam bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan

-          Mempunyai perniagaan aksesori online iaitu Black Shoppe.

-          Sukakan benda yang comel seperti Unicorn dan Barbie.

-          Falsafah hidup : ‘Jangan mengalah sebelum mencuba’ kerana impian mungkin menjadi kenyataan.