Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Fair & Lovely Penaja Utama Dewi Remaja 2014/15
Dewi Berseri
Oleh:Editorial Remaja

Jenama krim pencerah dan penjagaan kulit nombor 1 di Malaysia, Fair & Lovely yang terkenal di kalangan golongan remaja merupakan penaja utama bagi Dewi Remaja 2014/15.  Fair & Lovely dipilih sebagai penaja utama atas objektif yang sama dengan Dewi Remaja iaitu merealisasikan impian para gadis remaja.

Ia adalah satu jenama yang membantu semua wanita dalam memberi inspirasi dan mencipta semula hala tuju mereka dalam mencapai impian dengan membina keyakinan mereka sendiri, bersesuaian dengan Dewi Remaja.

Fair & Lovely Advanced Multivitamin, formulasi terbaik Fair & Lovely bagaikan rawatan pencerahan mencerah, mengurangkaan kecelaan dan mengatasi masalah tona kulit tidak sekata secara tidak langsung dapat membantu memberikan keyakinan diri kepada para gadis yang mengambil bahagian dalam Program Dewi Remaja Sesi 2014/15 dengan 5 Pakar Solusi Pencerah Kulit iaitu:

1.       Kecelaan Kulit – bagaikan rawatan laser.

2.       Kulit Perang – bagaikan rawatan melicinkan kulit.

3.       Kulit Kusam- bagaikan rawatan pengelupasan.

4.       Lingkaran bawah mata – bagaikan rawatan antioksidan.

5.       Pencerahan kulit – bagaikan masker bervitamin.

“Selaku jenama krim pencerah dan penjagaan kulit nombor 1 di Malaysia, Fair & Lovely yang terkenal di kalangan golongan remaja, kami berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan dewi-dewi bagi Dewi Remaja sesi 2014/15 ini,” kata Chong Yen Nee, Pengurus Jenama Kanan Kategori Kulit, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Keyakinan Diri Menyerlah, Impian Menjadi Nyata

“Kebanyakan remaja tidak diberi peluang untuk mempamerkan bakat mereka bagi mencapai impian masing-masing. Melalui Dewi Remaja, para peserta diberi beberapa cabaran seperti sesi pengambaran untuk menonjolkan bakat dan keyakinan. Justeru itu, Program Dewi Remaja, secara tidak langsung Fair & Lovely dapat bersama-sama membantu lebih ramai wanita menjadi yakin dan mencapai impian mereka tanpa rasa gentar,” kata Chong Yen Nee kepada team Editorial Remaja.

Raysha Rizrose berjaya membawa pulang hadiah wang tunai yang bernilai RM10,000 selaku Juara Dewi Remaja 2014/15. Selain itu, beliau juga turut memenangi kategori Dewi Berseri (Fair And Lovely).

“Raysha sememangnya seorang gadis Fair & Lovely. Beliau menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi dan berani mengatasi segala cabaran yang diberikan kepadanya sepanjang program Dewi Remaja berlangsung seperti cabaran pengacaraan, solekan dan sebagainya dan akhirnya beliau berjaya mencapai impiannya sebagai pemenang Dewi Remaja sesi 2014/2015,” ujar Chong Yen Nee lagi.