Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
FAQ Mengenai Dewi Remaja 2014
FAQ Mengenai Dewi Remaja 2014
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Hi guys, sempena Pencarian Dewi Remaja 2014 yang bakal dijalankan di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15,  Shah Alam pada 30 Ogos 2014. REMAJA percaya pasti kebanyakan gadis sangat teruja untuk menyertai pencarian ini. Oleh itu pasti pelbagai persoalan yang timbul di fikiran kamu bukan ?

 

Jangan risau, REMAJA cuba mengumpulkan beberapa soalan biasa / sering  diajukan dan ditanya pada team REMAJA berkenaan dengan pencarian ini. Nah, kali ini kami kongsikan segala jawapan agar kamu lebih jelas dan memahami.

 

 

SOALAN 1

S : Saya berusia kurang / lebih daripada had umur yang di tetapkan, jadi bolehkah saya menyertai Pencarian Dewi Remaja 2014 ?

J : Peserta yang menyertai Pencarian Dewi Remaja haruslah berusia 17 – 24 tahun sahaja.

 

 

SOALAN 2

S : Saya tiada sijil kelulusan mana-mana universiti.  Saya hanya ada keputusan SPM sahaja , bolehkah saya menyertai Pencarian ini yang akan bermula pada 30 Ogos 2014 di Shah Alam ini ?

J : Ya, tiada masalah! Kami mengalu-alukan kehadiran kamu semua.

 

 

SOALAN 3

S : Layakkah gadis bertudung masuk bertanding ?

J : YA, kami tidak menolak mana-mana penyertaan dari gadis bertudung. Malah mereka juga layak menjadi salah seorang finalis Dewi Remaja 2014. Lagi pula kami menerima secara terbuka individu bertudung untuk turut serta.

 

 

SOALAN 4

S : Di dalam syarat penyertaan, REMAJA ada nyatakan peserta haruslah mempunyai ketinggian 5’5” tetapi malangnya saya tidak mempunyai ketinggian seperti apa yang di minta. Saya benar-benar ingin menyertai pencarian ini!

J : Tiada masalah, sungguhpun ketinggian sebenar kamu hanya 5’3” atau sebangainya kamu tetap boleh datang dengan memakai kasut tinggi yang boleh menutup kelemahan kamu itu.

 

 

SOALAN 5

S : Saya baru sahaja berusia 20an, tapi sudah berkahwin adakah saya dibenarkan menyertai Dewi Remaja ?

J : Penyertaan Dewi Remaja hanya di buka buat gadis bujang dan tiada pengalaman berkahwin.

 

 

SOALAN 6

S : Apakah persiapan yang sesuai dan bagus dilakukan untuk peserta-peserta Pencarian Dewi Remaja 2014 ?

J : Remaja sarankan kamu semua untuk bertenang, jangan terlampau panik, just be yourself dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.

 

 

SOALAN 7

S : Kasut tinggi atau kasut flat ?

J : Kasut tinggi adalah kasut yang paling sesuai di pakai.

 

 

SOALAN 8 :

S : Saya bertudung, tema yang REMAJA kenakan putih dan jeans, jadi warna tudung apa yang sesuai dipakai ?

J : Kamu boleh pakai tudung berwarna gelap seperti hitam, biru gelap, atau maroon.

 

 

SOALAN 9

S : Dewi Remaja pasti hanya untuk orang yang mempunyai paras rupa yang lawa sahaja bukan ? saya tidaklah selawa seorang model tetapi saya benar-benar ingin menyertai Pencarian Dewi Remaja 2014 macam mana ya ?

J : Kecantikan itu subjektif, kami tidak menilai seseorang melalui paras rupa. Sebaliknya kami menilai melalui kecantikan bagaimana kamu membawa diri kamu supaya boleh menjadi contoh pada orang ramai di luar sana.

 

 

SOALAN 10

S : Perlukah saya membawa dua keping gambar ?

J : Jika tiada, tiada masalah! Paling penting kamu hanya perlu bawa sekeping borang original yang terkandung dalam Majalah Remaja isu Ogos 2014 dan sekeping salinan MyKad untuk simpanan kami.