Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Farah Azizan Tak datang Latihan ?
Farah Azizan Tak datang Latihan ?
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Seperti yang semua tahu, tidak lama lama lagi 20 finalist Dewi Remaja akan mengadakan satu aktiviti flashmob di KL Sentral pada 28 Februari 2015 . Pelbagai persiapan yang telah dilakukan antaranya seperti sesi kelas latihan menari yang telah diadakan pada hujung minggu yang lalu. Kelas tarian ini telah dikendalikan oleh beberapa orang pelajar dari UiTM yang telah menubuhkan kumpulan flashmob diberi nama ECV singkatan untuk Everyone Can Dance.  Seperti biasa, REMAJA sempat kongsikan apa yang terjadi sepanjang sesi latihan berjalan.

 

Semuanya seperti biasa, namun beberapa penyokong mula bersuara kerana tidak dapat melihat kelibat Farah Azizan, peserta bertudung finalis Dewi Remaja 2014/15. Ada yang mempersoalkan mengapa gadis manis ini tidak diberi peluang untuk tampil didalam gambar-gambar yang telah dimuat naik oleh REMAJA di instagram dan ada juga yang bimbang jika Farah dilupakan. 

 

Soalan demi soalan yang kami terima. Hakikat sebenarnya Farah Azizan tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan bukannya dipinggirkan ataupun mempunyai masalah disiplin. Pada mulanya kami ingatkan Farah tidak sihat, jadi kami telah menghubungi farah dan ini katanya..

 

“Kak, bukan farah. Kakak farah. Farah on my way balik johor sekarang, kakak transfer *** (hospital) dekat Johor”

 

Jadi kepada semua penyokong #teamfarahazizan doakan yang terbaik untuk dirinya bersama ahli keluarga dan teruskan menyokong Farah Azizan.