Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Fatin Lincah Di Awan Biru
Fatin Lincah Di Awan Biru
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Sesuai dengan sifatnya yang gemarkan penggembaraan, Fatin Amirah Binti Sallehuddin setia berkhidmat sebagai seorang pramugari di syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia Berhad. Dia yang telah memulakan karier pada usia 19 tahun telah menjelajah ke beberapa tempat seperti Singapura, Bali, Bandung, Hong Kong, Bangkok dan Saigon.

 

Setelah lima tahun berkhidmat, pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilaluinya. Pengalaman dan kemahiran yang ditimba, menjadikan Fatin seorang individu yang lebih matang dan berdikari. Fatin juga bersyukur kerana semua krew kabin dan rakan seperjuangannya memberi kerjasama yang baik terhadap dirinya dan menganggapnya seperti sebuah keluarga besar.

 

 Namun begitu, pandangan skeptikal segelintir masyarakat yang menganggap kerja di awan biru sekadar mengejar populariti dan hanya tampil cantik, ternyata salah! Menurut Gadis berusia 24 tahun ini, tanggungjawab yang perlu digalas olehnya bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dibawa main. Fatin perlu menjaga keselamatan setiap penumpang, berkomunikasi dan melayan kerenah penumpang, membersihkan kabin pesawat serta bersiap sedia menghadapi saat genting dan kecemasan di dalam pesawat setiap kali bertugas.

 

Tambahnya, kesukaran bekerja di awan biru ini juga apabila waktu bekerja tidak sama seperti waktu pejabat. Mereka perlu sentiasa bersedia walaupun seawal 4.30 pagi. Ada kalanya kerja mereka melebihi 8 jam dan berlarutan hingga ke lewat malam bergantung pada jadual penerbangannya. Meskipun perlu bekerja sewaktu cuti umum dan hari perayaan Fatin tetap berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik agar semua penumpang selesa dan selamat sampai ke destinasi bersama insan tersayang.

 

Trivia

  • Takut dengan ulat, ular dan cicak
  • Suka tengok bintang di langit pada waktu malam.
  • Makanan kegemaran adalah udang dan salmon.
  • Love shopping!
  • Penonton setia saluran AFC dan semua rancangan masakan.
  • Suka aktiviti lasak.
  • Sukakan alam semulajadi.
  • Suka melancong dan mencuba makan tempatan serta mempelajari budaya mereka.
  • Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
  • Tidak suka orang yang kuat memerli.