Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Fattah Amin Juri Jemputan PDR 3
Fattah Amin Juri Jemputan PDR 3
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Berita baik buat kamu semua yang bakal menyertai Pencarian Dewi Remaja 2014/15 bagi sesi ke-3 yang akan di adakan pada 11 Oktober 2014 (Sabtu) di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam bermula jam 9 pagi – 2 petang. Kamu semua berpeluang berjumpa sendiri dengan juri jemputan Pencarian Dewi Remaja yang terkenal dengan drama Playboy Itu Suami Aku iaitu Fattah Amin.

 

So girls, jangan lupa pakai pakaian mengikut tema iaitu t-shirt putih dan seluar jeans berwarna biru dan kenakan dengan kasut bertumit tinggi. Jika kamu bertudung pakaian tudung berwarna gelap adalah kemestiaan!

 

Make sure kamu bersedia untuk di temu ramah serta buang segala perasaan gugup dan malu. Ingat, inilah masa untuk kamu Pesonakan Bintangmu di Pencarian Dewi Remaja 2014/15.