Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Flashmob Dewi Remaja 2014/2015 Bersama Simplysiti
Flashmob Dewi Remaja 2014/2015 Bersama Simplysiti
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Tahniah diucapkan kepada barisan finalis Dewi Remaja kerana berjaya menyempurnakan aktiviti Flashmob yang bertempat di Kuala Lumpur Sentral pada 28 Februari 2015 yang lalu.Hasil kerjasama Remaja dan syarikat kosmetik terkemuka negara, Simplysiti telah berjaya menarik perhatian hampir semua pengguna pengangkutan awam di situ apabila semua finalis mula menari mengikut rentak lagu Break Free, Bang Bang! dan Warna Dunia.

 

Sebelum bertolak ke stesen komuter Shah Alam, sebahagian besar finalis memanfaatkan masa terluang dengan berlatih buat kali terakhir. Selepas itu, mereka telah diberi sedikit taklimat dan penerangan oleh wakil Simplysiti mengenai program ini.Tepat jam 10.40 pagi semua finalis dan krew REMAJA bertolak ke KL Sentral dengan iringan krew Simplysiti, buskers jemputan dan sukarelawan iM4U.

 

Finalis telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang buskers jemputan. Sepanjang perjalanan, finalis Dewi Remaja 2014/15 tidak berhenti menyanyi bagi menghiburkan orang ramai yang menaiki komuter tersebut. Tidak dinafikan memang meriah dan gamat dibuatnya, pelbagai aksi-aksi menarik dan lucu yang terjadi sepanjang perjalanan.

 

Setelah tamat mengadakan flashmob, kesemua finalis sibuk mempromosikan rangkaian produk Simplysiti kepada peminat dan pengunjung yang berada di sekitar ruang legar KL Sentral tersebut. Ramai pihak yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama finalis Dewi Remaja 2014/15 sebagai tanda kenangan dan tidak melepaskan peluang untuk mencuba produk tersebut.

 

Kami di majalah REMAJA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Simplysiti selaku penaja utama aktiviti flashmob ini, jutaan terima kasih kepada krew iM4U, KTM Berhad, Zazo Ly, Balqis Mansor, Iza dan My Komuter kerana telah sama-sama menjayakan acara ini.