Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Flow Ujibakat Dewi Remaja 2014
Flow Ujibakat Dewi Remaja  2014
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Hi guys, lagi 3 hari sahaja lagi Pencarian Dewi Remaja bagi sesi pertama akan bermula pasti kamu semua berdebar-debar dan tertanya-tanya apakah dan bagaimana proses ujibakat yang bakal kamu lalui pada sabtu ini bukan?

 

Jadi di sini ingin REMAJA kongsikan sedikit pada kamu turutan proses sepanjang ujibakat Pencarian Dewi Remaja yang bakal kamu lalui.

 

➪ PROSES PERTAMA : PENDAFTARAN

Di sini kamu perlu serahkan borang asli penyertaan yang telah di isi dengan lengkap serta di kepilkan sekali dengan sekeping salinan MyKad. Setelah itu kamu semua akan di beri nombor giliran oleh petugas dan kamu perlu lekatkan ia di bahagian tengah tubuh badan (kawasan perut). Sebelum kamu masuk ke proses ke-dua pastikan nombor kamu boleh dilihat dengan jelas dan tidak terlindung.

 

➪ PROSES KEDUA : WALL OF FAME

Sebagai bukti kamu sudah mendaftar dan akan ke peringkat seterusnya, kamu perlu berselfie di ‘wall of fame Pencarian Dewi Remaja 2014’ dan muat naik gambar tersebut terus ke akaun instagram atau social media milik kamu.

 

Peserta harus menggunakan hastag #pencariandewiremaja #majalahremaja dan tagkan gambar kamu itu ke akaun @pencariandewiremaja @majalahremaja

 

➪ PROSES KETIGA : WAITING ROOM – INTERVIEW

Selepas kamu berselfie di wall of fame yang tersedia, kamu akan di bawa terus ke sebuah bilik menunggu untuk ke peringkat seterusnya iaitu sesi interview bersama juri. Di dalam bilik ini kamu akan diberi ruang dan masa untuk menenangkan diri dan bersedia untuk menjawab segala soalan yang akan di ajukan dari juri.

 

➪ PROSES KEEMPAT : BILIK PENILAIAN

Di dalam bilik ini pula, kamu akan di nilai oleh 3 orang juri  dan salah seorangnya ialah Neelofa dan Editor Pengurusan REMAJA iaitu Hisammuddin Md Zain dengan beberapa jenis penilaian seperti IQ test, bakat, personaliti, keyakinan malah kamu juga akan di uji dan diberi tugasan untuk catwalk dihadapan mereka.

 

➪ PROSES KELIMA : WAITING ROOM – FOR PHOTOSHOOT

Sekirannya kamu berjaya melepasi sesi bersama juri, kamu semua akan dikumpulkan di kawasan menanti untuk ke peringkat sesi bergambar. Di sini kamu di beri peluang untu make up atau ‘touch up’ wajah agar nampak lebih segar dan cantik ketika berphotoshoot. Seorang demi seorang nama / nombor akan di panggil dan kamu harus masuk ke dalam studio untuk di ambil gambar.

 

➪ PROSES TERAKHIR : PHOTOSHOOT (STUDIO)

Di dalam studio, kamu perlu bekerjasama dengan wartawan dan juru foto yang bertugas untuk mendapatkan shoot/ gambar yang terbaik. 2 Jenis gambar yang akan di ambil iaitu longshoot dan medium close-up jadi pastikan kamu tidak kekok untuk beraksi di hadapan kamera ya!