Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Kelainan Ujibakat PDR Sesi Ke-2
Kelainan Ujibakat PDR Sesi Ke-2
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Seperti yang sedia maklum, pada 13 September yang lalu REMAJA telah mengadakan Ujibakat Pencarian Dewi Remaja sesi ke-2 di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam . Seperti biasa, pencarian ini bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang.

 

Sebelum tepat jam 9 pagi, kebanyakan peserta sudah mula beratur di hadapan kaunter pendaftaran untuk menyerahkan borang penyertaan yang telah di kepilkan dengan salinan MyKad peserta serta mengambil nombor giliran.

 

Kali ini, sedikit kelainan di buat. Peserta harus melalui bilik penjurian pertama terlebih dahulu bagi menguji tahap keyakinan diri serta cara berkomunikasi sebelum ke bilik penjurian tetap yang akan menentukan sama ada kamu layak untuk ke peringkat terakhir.

 

Bertuahnya  peserta yang hadir ke sesi ke-2 , mereka berpeluang bertemu dan bertentang mata dengan pelakon yang terkenal dengan drama Kerana “Terpaksa Aku Relakan” iaitu Izreen Asminda selaku juri jemputan PDR bagi sesi ke-2.

 

Jadi, buat kamu semua yang masih belum datang dan mencuba nasib, masih ada 3 sesi yang boleh kamu hadiri untuk pesonakan bintangmu!

 

SESI KE-3  ›   11 Oktober 2014

 

SESI KE-4  ›   1 November 2014

 

SESI KE-5  ›   15 November 2014

 

P/S : Untuk melihat gambar-gambar suasana semasa  Ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2014 bagi sesi pertama, kamu semua boleh klik di button galeri kami di sini [ http://remaja.karangkraf.com/dewi-remaja/galeri ]