Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Kreativiti Zamrina Persis Idolanya
Kreativiti Zamrina Persis Idolanya
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Mungkin ada yang masih tidak tahu Zamrina merupakan salah seorang Youtubers Malaysia. Namanya tidak asing lagi di laman Youtube. Video-video tutorialnya seperti gaya tudung, dan make up sering mendapat perhatian ramai. Gadis bertubuh kecil ini mempunyai hobi dan minat yang sangat mendalam terhadap kerja-kerja yang melibatkan suntingan video.

 

Menurutnya, dirinya hanya memerlukan beberapa jam atau paling lewat sehari untuk menyiapkan video tersebut, bergantung pada  jenis video yang diedit. Bukan itu sahaja, menariknya tentang gadis berkelahiran Selangor ini, dia juga boleh meniru gaya artis pujaannya iaitu Yuna Zarai. Jika kamu tonton video-video yang telah dikongsikannya pasti kamu akan kagum dengan kreativiti dan ideologi nafas baru sentuhannya. 

 

Tak percaya ? Korang boleh follow dia di instagram @zamrina dan tengok video-video menariknya!