Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Latihan Flash Mob Dewi Remaja
Latihan Flash Mob Dewi Remaja
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Sebulan yang lalu satu sesi latihan bersama tenaga pengajar yang dikenali sebagai Everyone Can Dance atau singkatannya ECD telah diadakan di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. Kumpulan tarian yang dianggotai oleh Ilham, Tomok, Jude, Azreen, Faezzsoul, Micu dan beberapa ahli lain ini telah dipertanggungjawabkan untuk mereka rentak tari para finalis bagi aktiviti flash mob yang akan diadakan pada 28 Februari 2015 nanti bertempat di ruang legar KL Sentral.

Pujian wajar diberikan kepada semua finalis Dewi Remaja 2014/15 yang hadir kerana mereka berjaya menghafal dan menguasai gerak tari dalam masa yang singkat. Pelbagai telatah lucu dapat dilihat apabila ada yang tersalah langkah dan membuat gerak tari sendiri. Ia menjadi lebih menarik apabila tenaga pengajar mula mengenakan denda buat finalis yang kerap melakukan kesalahan.

Walaupun telah diberikan waktu untuk berehat sebilangan besar finalis, tetap meneruskan latihan kerana mahu persembahan mereka tampak sempurna di mata semua hadirin yang bakal menyaksikan persembahan mereka.

“Gerakan pada mulanya macam susah tapi tak lama lepas berlatih kami semua dapat ikut,” – Puteri Aishah

“Saya sangat teruja sebab dapat belajar menari, saya memang tak pernah menari sebelum ini,” – Tya