Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Lawatan Ke Konti Hot FM
Lawatan Ke Konti Hot FM
Oleh:Nurbaya Rahim - RASA

Seramai lima orang finalis dewi remaja yang bertuah telah terplilih untuk hadir bersama Editor Pengurusan Sharm Md Zin dan Editor Majalah REMAJA ke konti Hot FM yang bertempat di Sri Pentas TV3, Media Prima. Aktiviti ini telah dilangsungkan pada 18 Januari 2015 lalu, anatar finalis Dewi Remaja yang terlibat adalah Balqish, Syamim, Sherlyn, Zamrina dan Hania.

Kelima-lima mereka sangat teruja bercampur gemuruh kerana kali pertama jejakkan kaki di konti dan ke udara secara live di radio bagi segmen ‘Apa Yang Hot’ tepat jam 12 tengah hari bagi memperkenalkan program Pencarian Dewi Remaja.

Selain itu, mereka juga berpeluang beramah mesra dengan DJ Tun Nadia selama 1 jam ke udara. Menariknya, Sherlyn juga sempat menunjukkan bakat nyanyiannyadengan menyampaikan lagu millionare yang di nyanyikan oleh Bruno Mars dan mengubah sedikit lirik mengikut kreativitinya sendiri. Malah, mereka semua juga berkesempatan membincangkan isu-isu semasa selama bersiaran.