Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Majlis Pelancaran ‘Save Our Rainforest Race 2015’
Majlis Pelancaran ‘Save Our Rainforest Race 2015’
Oleh:Nurbaya - REMAJA

Tanggal 28 Januari 2015 yang lalu, bertempat di Saloma Bistro seramai enam orang finalis dewi remaja iaitu Tya Shahid, Farah Ibrahim, Fify Azmi, Deeba, Kate dan Annees telah turun padang untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan program pelancaran “Save Our Rainforest Race” bagi tahun 2015.

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), sebuah NGO alam sekitar yang sinonim dengan usaha pemuliharaan hutan akan mengadakan acara nature walk sejauh 10 km, cabaran check point dan aktiviti penanaman pokok pada 28 Mac 2015 di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak. Semua finalis dewi remaja akan turut serta bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut mengenai “Save Our Rainforest Race 2015” sila layari www.pekamalaysia.org atau mengikuti PEKA di http:/www.facebook.com/pekamalaysia