Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Memperkenalkan 20 Barisan Dewi REMAJA 2014/15!
Memperkenalkan 20 Barisan Dewi REMAJA 2014/15!
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Pencarian bagi mengisi slot finalis Dewi REMAJA sesi 2014/15 yang bermula sekitar Ogos tahun lalu kini sudah berakhir apabila barisan 20 gadis bertuah dipilih dan diumumkan secara rasmi pada akhir Disember lalu di Auditorium Sultan Mohamad v, Kumpulan Media Karangkraf.

 

Sekalung ucapan tahniah buat 20 gadis yang bertuah dan terima kasih juga kami ucapkan buat ribuan gadis yang telah memberanikan diri menyertai cabaran lima sesi ujibakat Pencarian Dewi REMAJA yang terdahulu. Satu kebanggaan satu penghargaan juga buat para juri jemputan yang turut sama diundang bagi mengadili proses pemilihan finalis pada peringkat awal.

 

Majlis penyerahan selempang rasmi Dewi REMAJA buat para finalis bermula tepat jam 10:00 pagi di mana majlis turut menerima kunjungan daripada warga Karangkraf sendiri yang hadir bagi memberi sokongan buat edisi Dewi REMAJA kali ini. Usai penyerahan, para finalis dikejutkan sesi pillow talk dengan pemenang Dewi REMAJA yang lalu, Neelofa selain sesi soal jawab bersama wakil Google Malaysia, Zefri Yusof.

 

Terdahulu, para finalis didekatkan dengan persekitaran kerja di Karangkraf apabila mereka dibawa peluang untuk melihat sendiri skong lapangan di bahagian editorial, grafik dan juga foto. Sekali lagi, REMAJA ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan Pencarian Dewi REMAJA dari awal hingga kini.