Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
PDR Ke-5 Ujibakat Terakhir!
PDR Ke-5 Ujibakat Terakhir!
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Finally, Pencarian Dewi Remaja sudah berakhir!!

 

Rata-rata REMAJA menerima hampir 800 penyertaan sepanjang ujibakat dijalankan bermula 30 Ogos 2014 lalu sehingga ujibakat terakhir yang diadakan pada 15 November lepas.

 

Macam-macam gelagat yang sempat kami rakamkan dan kongsikan di sosial media. Ada yang gembira dan ada juga yang bersedih menitiskan air mata. Apa pon kami ingin ucapkan Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri ujibakat sepanjang 4 bulan ini dan langsung tidak berputus asa untuk mencuba nasib.

 

Kami sangat-sangat menghargai semangat semua peserta yang ingin pesonakan bintang mereka di Pencarian Dewi Remaja 2014/15. Sampai ada yang sanggup berlabur duit membeli tiket penerbangan untuk ke Shah Alam semata-mata menyertai PDR. Jujur kata kami kagum dengan kesungguhan peserta seperti ini.

 

Oleh itu, jom sama-sama kita nantikan siapakah yang berjaya menjadi finalist Dewi Remaja 2014/15 yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Buat yang berjaya kami ucapkan tahniah dan buat yang tidak jangan berkecil hati dan bersedih, jangan jadikan ia sebagai titik noktah perjalanan hidup kamu. Perlu diingat kamu mempunyai banyak lagi peluang di luar sana!