Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
PDR Sesi Ke-4 Di Hujani Air Mata!
PDR Sesi Ke-4 Di Hujani Air Mata!
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Seperti yang semua sedia maklum pada 1 November 2014 yang lalu REMAJA telah mengadakan Pencarian Dewi Remaja 2014/15. Bilangan peserta yang hadir tidak kurang hebatnya daripada bilangan peserta yang hadir sebelum ini. Suasananya juga tidak kurang bezanya cuma kali ini di pencarian sesi ke-4 PDR agak di hujani dengan air mata serta ada beberapa babak drama berlaku.

 

Seperti yang semua sedia maklum pada 1 November 2014 yang lalu REMAJA telah mengadakan Pencarian Dewi Remaja 2014/15 bagi sesi ke-4. Tidak dinafikan pencarian kali ini agak berbeza suasananya dengan sesi-sesi yang lepas. Setiap salah seorang peserta yang hadir mempunyai drama mereka yang tersendiri. Ada peserta yang menangis kecewa kerana tidak terpilih dan ada juga yang menangis kerana terlalu gembira.

 

Istimewa kali ini, krew REMAJA memberi peluang pada salah seorang peminat tegar Hanez Suraya untuk bertemu dan bergambar bersamanya secara ekslusif. Kalau nak tahu apa yang terjadi selebihnya jangan lupa dapatkan Majalah Remaja keluaran yang akan datang dan tonton video di sebalik tabir Pencarian Dewi Remaja 2014/15 yang akan di muat naik di Youtube.