Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Pengumuman Dewi Serap : Nana Gomez
Pengumuman Dewi Serap : Nana Gomez
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Tahniah diucapkan kepada Nur Sharifatun Najwa Binti Sopian kerana berjaya dalam pemilihan dewi serap yang diadakan baru-baru ini. Gadis yang lebih dikenali sebagai Nana Gomez ini menyatakan dia sangat gembira dan teruja ketika kerana terpilih untuk menyertai Dewi Remaja 2014/15 walaupun disaat akhir.

 

“Saya sangat berbesar hati dan dalam masa yang sama sedikit gemuruh kerana saya tidak menyimpan harapan yang tinggi untuk menang atau bergelar juara. Apa yang penting bagi saya, dapat memasuki platfrom dewi remaja sebagai finalis dan dapat berkenalan dengan semua dewi-dewi lain serta menjadi contoh kepada para remaja di luar sana sudah mencukupi untuk saya,”

 

Jadi, kepada semua pembaca dan penyokong di luar sana, hashtag #teamnana kini boleh diguna pakai sebagai tanda kamu adalah penyokongnya. Jadi kepada Nana, kami ingin ucapkan selamat maju jaya dan selamat datang ke dunia Dewi Remaja!