Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Perjalanan Farah Azizan & Mimi Lana Terhenti Di Sini!
Perjalanan Farah Azizan & Mimi Lana Terhenti Di Sini!
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Berita ini pasti akan mengejutkan ramai pihak terutamanya penyokong #teamfarahazizan dan #teammimilana, berat rasanya untuk kami umumkan tentang perjalanan Farah Azizan dan Mimi Lana terhenti di tengah jalan. Kehilangan dua gadis anggun ini sangat dirasai.

 

Kedua-dua mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Peluang mereka merebut gelaran Dewi Remaja 2014/15 sangat tinggi. Namun, disebabkan beberapa pekara yang sukar dielakkan mereka berdua terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri di saat akhir takala 18 finalis Dewi Remaja 2014/15 yang lain sedang sibuk mempersiapkan diri untuk ke peringkat final.

 

Farah Azizan dan Mimi Lana sempat menyertai sesi latihan flash mob walau tidak berkesempatan untuk menyertai aktiviti ini pada 28 Februari 2015 nanti. Mereka juga sempat berjumpa dengan rakan-rakan yang lain sewaktu sesi latihan tersebut dan mengucapkan selamat maju jaya serta terus kekal positif untuk  mengejar gelaran Dewi Remaja 2014/15.

 

“Insyaallah kami berdua akan datang tengok korang di final nanti bersama sherlyn!” Ujar Mimi Lana pada semua finalis Dewi Remaja 2014/15 yang lain.

 

Suasana latihan yang penuh keterujaan itu bertukar menjadi sayu dan sedih kerana pengumuman berita yang mengemparkan ini. Berjurai air mata peserta yang lainapabila mendengar kata-kata perpisahan dari mereka berdua. Editor Pengurusan Remaja, Sharm Md. Zin bersama Editor Majalah Remaja, Rafiq Mazlan juga tidak ketinggalan memberi sepatah dua kata serta nasihat buat kedua bekas finalis Dewi Remaja 2014/15.

 

“Kami tetap menyokong perjalanan karier kedua-dua bekas finalis Dewi Remaja ini dan berharap mereka berjaya dalam mengejar cita-cita. Buat Mimi all the best dalam dunia lakonan dan Farah Azizan pula semoga berjaya merealisasikan cita-cita di luar sana.” Ucap Editor Majalah Remaja, Rafiq Mazlan buat kedua mereka.