Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Perjuangan Ranesha Sherlyn Terhenti Di Sini
Perjuangan Ranesha Sherlyn Terhenti Di Sini
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Berita ini pasti mengejutkan ramai pihak, awal Februari lalu Ranesha Sherlyn atau lebih mesra dipanggil Sherlyn terpaksa membuat keputusan yang berat apabila mengumumkan perjalanan finalis Dewi Remaja terpaksa terhenti di sini.

 

“Saya terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan untuk terus kekal di dalam pertandingan ini. Saya sangat sedih kerana saya benar-benar ingin melangkah ke final bersama teman-teman saya yang lain,” ujar gadis yang bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari ini.

 

 

Sherlyn juga menyatakan yang dia tidak akan sesekali melupakan kenangan bersama finalis dewi remaja yang lain dan masih berjuang meneruskan perjalanan Dewi Remaja 2014/15.

 

“Kenangan paling manis dan saya akan ingat sampai bila-bila adalah ketika kami melakukan cabaran di Sunway Lagoon. Saya merupakan salah satu finalis dewi yang paling muda, jadi finalis lain akan sentiasa menjaga saya ibarat adik mereka sendiri,” tambahnya lagi.

 

Sebelum berundur, Sherlyn juga sempat menitipkan nasihat buat rakan-rakannya yang masih meneruskan langkah merebut gelaran Dewi Remaja 2014/15. “Pesanan saya kepada semua rakan-rakan adalah jangan berputus asa semasa mengharungi semua dugaan yang mendatang. Lakukan yang terbaik untuk merebut gelaran Dewi Remaja 2014/2015. Jangan lupakan saya ya! Saya pasti akan datang menyokong kamu semua sewaktu final nanti. Semoga berjaya. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua insan yang telah membantu saya dalam pertandingan ini. Love all of you.”