Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Raysha Serba Boleh!
Raysha Serba Boleh!
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

“Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat” itulah pepatah yang paling sesuai digambarkan tentang Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz atau lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose. Gadis berperwatakan pendiam dan pemalu ini sebenarnya bukanlah seorang yang membosankan. Dalam diam dia sebenarnya pernah bergiat aktif dalam bidang pidato dan debat sewaktu zaman persekolahannya. 

 

Selain itu, gadis berkulit putih kemerahan ini tidak gentar mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Minatnya tidak sekadar terhenti dalam bidang populariti seperti dunia lakonan, nyanyian dan pengacaraan, Raysha juga berhasrat untuk menjadi salah seorang peguam korporat serta masih mencuba mengasah bakat dalam masakan.

 

Setiap kali mempunyai masa lapang, anak keempat dari tujuh orang adik-beradik ini akan meluangkan masa dengan membaca novel bahasa Inggeris yang dimilikinya. Tidak dinafikan Raysha memang berbakat!

 

 

TRIVIA

-          Aktif dalam sukan

-          Raysha merupa adik kepada dua pelakon adik beradik terkenal tanah air iaitu Uqasha & Nelydia Senrose

-          Suka mengarang

-          Suka memasak

-          Berketurunan Indonesia Cina (bapa) dan Thai (ibu)

-          Tidak suka memakai sneakers

-          Tidak makan pedas kecuali semua makanan Thai

-          Tidak pernah menggunakan sebarang pembersih muka daripada kecil sampailah sekarang. Mengamalkan minuman kolagen Secret of Senrose.

-          Pencinta kucing.