Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Recap PDR Sesi Ke-3
Recap PDR Sesi Ke-3
Oleh:Lany Azman - REMAJA

11 Oktober yang lalu REMAJA telah mengadakan Pencarian Dewi Remaja 2014/15 (PDR 2014/15) di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. Walaupun pencarian kali ini mengambil masa yang agak lama kerana bilangan yang hadir agak menjangkaui jangkaan, namun segalanya berjalan dengan lancar.

 

Jika sebelum ini peserta diuji dari segi mentaliti dan keberanian, di PDR 2014/15 sesi ke-3 mereka di beri peluang untuk menonjolkan bakat di hadapan juri. Ada yang mulakan pengenalan diri dengan nyanyian dan ada juga yang tidak kekok untuk berlakon di hadapan juri.

 

Menarik kali ini, semua peserta berpeluang bertentang mata dengan Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin yang namanya kian naik setelah membintangi drama 'Playboy Itu Suami Aku' dan 'Cinta Ibadah'. Keterujaan peserta semakin membuak apabila mereka berkesempatan berlakon bersama Fattah Amin.

 

Jadi, buat gadis di luar sana yang masih belum pesonakan bintangmu bersama kami jangan lupa untuk hadir ke PDR 2014/15 sesi ke-4 pada 1 November 2014 (Sabtu) bermula jam 9 pagi – 2 petang di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.