Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Rekaan Glam WANPA
Rekaan Glam WANPA
Oleh:Editorial Remaja

Kesemua finalis Dewi Remaja yang berjaya melayakkan diri ke pusingan finale akan berpeluang tampil anggun dengan rekaan dari pereka tersohor Wanpa. Mengangkat tema ‘Glam’ para finalis dibahagikan kepada dua kumpulan.

 

“Setakat ini kita telah pun melepasi proses pemilihan fabrik, mengambil ukuran finalis dan kini kita hanya menumpukan kepada rekaan itu sendiri. Semua team WANPA terlibat dalam proses untuk menyiapkan baju para finalis ini dan kita jangka semuanya akan siap dalam dua bulan,” kongsi pereka ini yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga dalam industri fesyen negara.

 

Apa yang menarik adalah setiap seorang finalis akan menggayakan rekaan eksklusif yang tersendiri berdasarkan karakter mereka pada malam tersebut. Nantikan hasilnya pada bulan Mei nanti!