Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Sesi Perkongsian Bersama Bekas Juara Dewi REMAJA Neelofa
Sesi Perkongsian Bersama Bekas Juara Dewi REMAJA Neelofa
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Selepas selesai sesi pengenalan 20 finalis Dewi Remaja bersama pengurusan tertinggi Kumpulan Media Karangkraf yang bertempat di Dewan Sultan Muhamad V, kesemua mereka dibawa ke bangunan Sinar Harian untuk bertemu dengan bekas juara Dewi Remaja sesi 2009/2010 iaitu Noor Neelofa Mohd Noor.

 

Rata-rata finalis sangat teruja dengan sesi perkongsian ini kerana ini adalah peluang sulung mereka untuk bertentang mata dengan artis dan pengacara yang semakin meningkat naik. Neelofa banyak berkongsi tips dan cara-cara untuk menjadi finalis yang berjaya bukan sahaja untuk pertandingan ini malahan untuk menghadapi dunia sebenar industri seni tanah air.

 

Sewaktu sesi Q&A, Neelofa dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari sebilangan besar finalis yang kelihatan begitu bersemangat untuk belajar dari idola mereka ini. Neelofa juga tidak keberatan untuk berkongsi beberapa pengalaman peribadi bersama finalis. Malah, tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada 20 orang gadis yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan mendoakan yang terbaik untuk semua finalis.