Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Sesi Perkongsian Bersama Scha Al-Yahya.
Sesi Perkongsian Bersama Scha Al-Yahya.
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

[SAMBUNGAN] ... Selepas tamat sahaja sesi tandatanggan persetujuan dan penyerahan kad akses gym, kesemua Dewi Remaja 2014/15 dibawa pulang ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Ia tidak terhenti di situ, selepas mereka dijamukan dengan makan tengah hari, ke semua finalis di bawa terus ke Bangunan Sinar untuk satu kejutan yang telah diaturkan oleh team editoral Majalah Remaja.

 

Terkejut, menjerit, tersenyum, malah ada juga yang tergamam melihat kehadiran seorang tetamu yang sungguh tidak disangka iaitu Scha Al-Yahya juara Dewi Remaja 2005/2006. Walaupun kepenatan, finalis Dewi Remaja 2014/15 tetap menyambut baik dan teruja idola yang di sanjungi berada di hadapan mereka.

 

Keramahan Scha Al-yahya dalam melayani setiap soalan yang diajukan menjadikan sesi perkongsian tersebut meriah apabila mereka saling bergelak ketawa bersama. Waktu dua jam seakan tidak terasa, pelbagai nasihat dan kata-kata semangat yang sempat Scha Al-Yahya kongsikan pada kesemua finalis Dewi Remaja 2014/15.