Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Tandatangan Persetujuan & Penyerahan Kad Akses Snap Fitness Sri Petaling
Tandatangan Persetujuan & Penyerahan Kad Akses Snap Fitness Sri Petaling
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Aktiviti Dewi Remaja 2014/15 di teruskan dengan satu sesi tandatanggan dan pernyerahan kad akses Snap Fitness Sri Petaling pada 15 Januari 2015 yang lalu. Bergerak dari Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, kesemua finalis yang berpakaian sukan terus menuju ke gym yang terletak di Sri Petaling dengan menaiki kenderaan rasmi Dewi Remaja 2014/15.

 

Semua peserta Dewi Remaja 2014/15 kelihatan sangat teruja dan gembira apabila melihat kelengkapan yang tersedia. Semuanya kelihatan baru dan selesa untuk digunakan. Kehadiran 20 finalist dewi di sambut baik oleh Pengurus Kelab Snap Fitness Sri Petaling, Encik Zaween Anwar dan beberapa jurulatih yang bertugas.

 

Kami mengambil kesempatan ini untuk memberi sekalung pujian pada finalis Dewi Farah Azizan kerana tetap memberi komitmen yang sepenuhnya walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. Selepas diberi sedikit taklimat, finalis Dewi Remaja 2014/15 dibenarkan untuk mencuba segala peralatan dan kemudahan yang ada.

 

Kunjungan ini bertambah manis apabila Snap Fitness berbesar hati menyerahkan kad akses 24 jam kepada semua finalis Dewi Remaja 2014/15. Mereka semua berpeluang menggunakan kemudahan ini sehingga tamatnya pertandingan Dewi Remaja 2014/15 iaitu pada bulan Mei yang akan datang. Bertuah betul kan ? Selepas tamat sahaja aktiviti ini, kesemua Dewi Remaja 2014/15 dibawa pulang ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

 

Ia tidak terhenti di situ, ada kejutan yang bakal berlaku ... [bersambung]