Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
UPDATE : PDR Sesi ke-4
UPDATE : PDR Sesi ke-4
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Hi girls, Sekejap je rasanya Pencarian Dewi Remaja 2014/15 sudah sampai ke sesi ke-4 bukan ? Okay, buat kamu semua yang bakal menghadiri ujibakat ini jangan lupa untuk mengenakan pakaian seperti yang telah ditetapkan seperti t-shirt putih, seluar jeans berwarna biru, berkasut tinggi dan buat yang bertudung pilih tudung berwarna gelap.

 

Paling penting, jangan lupa bawa sekeping salinan MyKad kamu beserta dengan borang penyertaan yang telah di isi selengkapnya.

 

Kali ini, di ujibakat sesi ke-4 kamu berpeluang bertentang mata dan berinteraksi dengan beberapa barisan juri tetap dan jemputan yang di bawa untuk mengadili serta menguji tahap keyakinan diri kamu. Antara juri jemputan yang hadir ialah Adeline Tsen (Pelakon Rindu Awak 200%), Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman (Pengasas Produk D’Hearbs), Hanez Suraya (Pelakon Autum Di Hatiku) serta penampilan istimewa Hanif Safuan (Lelaki Maskulin 2013/14).

 

So, jangan lupa hadir pada tarikh, masa dan lokasi yang dinyatakan di bawah :

 

TARIKH :  1 November 2014

MASA : 9 pagi – 2 petang

LOKASI : Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

 

Segala maklumat lanjut kamu semua boleh berhubung dengan kami di akaun media sosial rasmi Remaja seperti berikut

 

-          FACEBOOK : remaja

-          INSTAGRAM : @majalahremaja

-          TWITTER : @RemajaDigital

-          WECHAT : majalahremaja

-          WEBSITE : http://remaja.karangkraf.com | www.dewiremaja.com