Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
UPDATE : Ujibakat PDR Sesi Ke-3!
UPDATE : Ujibakat PDR Sesi Ke-3!
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Hi girls, buat kamu semua yang tidak berpeluang untuk menghadiri Pencarian Dewi Remaja 2014/15 bagi sesi ke-2 jangan risau dan panik! Kamu masih berpeluang untuk hadir dan Pesonakan Bintangmu pada kami di sesi ke-3 yang akan dijalankan pada  tarikh, lokasi dan masa seperti yang dinyatakan di bawah.

 

TARIKH : 11 Oktober 2014

MASA : 9 pagi – 2 petang

LOKASI : Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

 

So girls, jangan lupa bawa borang pendaftaran asli yang boleh didapati di dalam Majalah Remaja isu Ogos, September, Oktober dan November 2014 serta sekeping salinan MyKad yang telah di kepilkan sekali dengan borang.

 

Perlu di ingat ya, pemakaian mengikut tema yang di tetapkan adalah wajib!  Ini adalah antara syarat pakaian yang perlu kamu patuhi.

 

1)      T-shirt putih

2)      Seluar jeans berwarna denim atau biru

3)      Kasut tinggi

4)      Tudung berwarna gelap (jika bertudung)

5)      Rambut disisir dengan rapi (jika tidak bertudung)