Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Yoga Tenangkan Deja
Yoga Tenangkan Deja
Oleh:Nurbaya Rahim - REMAJA

Nurul Hazrina Bt Sabri atau lebih mesra digelar Deja merupakan seorang gadis yang penuh dengan kejutan. Selain dari sibuk memenuhi tuntutan tugas dan menjalankan aktiviti wajib selaku finalis Dewi Remaja 2014/15, Deja sempat mendaftarkan dirinya untuk mengikuti kelas yoga.

Menurut Deja, dia mengikuti kelas ini kerana mahu tampil lebih sihat di samping untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Lebih istimewa kelas yoga tersebut dipimpin oleh Atilia Haron yang juga merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan peragawati.

“Kali pertama mencuba yoga memang tidak dinafikan Deja berasa sengal pada beberapa anggota badan, tapi kini hasilnya sangat memberangsangkan. Yoga juga memberikan ketenangan emosi dan rohani.Deja dah boleh angkat kaki sampai atas dengan kepala di bawah,” ujar gadis yang aktif dalam bidang peragaan ini.

TRIVIA

  • Sukakan aktiviti lasak
  • Tidak suka lipas, belut dan ular
  • Suka memasak
  • Suka mengemas
  • Tidak gemar orang yang kuku tangannya kotor
  • Suka melancong
  • Sangat teringin menjadi pengacara JJCM dan Melodi
  • Jiwa pada bidang peragaan
  • Panggilan manja oleh keluarga dan kawan-kawan adalah D.