Formulasi terbaik bagaikan rawatan pencerahan
Zazo Buskers Wanita Untuk Flash Mob Dewi Remaja 2014/15!
Zazo Buskers Wanita Untuk Flash Mob Dewi Remaja 2014/15!
Oleh:Lany Azman - REMAJA

Sempena event Flashmob Dewi Remaja 2014/15 yang bakal di jalankan pada 28 Februari 2015 di KL Sentral, REMAJA telah mengadakan pencarian secara kecil-kecilan untuk mencari dua orang buskers wanita yang berbakat dan boleh menyanyi serta bermain gitar sepanjang perjalanan dari Shah Alam hingga ke KL Sentral bagi menghiburkan orang ramai.

 

Banyak penyertaan yang telah kami terima, pelbagai video yang telah kami tapis hingga akhirnya kami bertemu gadis yang memenuhi segala kreteria dan mengisi kekosongan yang kami cari. Salah seorang daripada adis bertuah ini sangat di kenali dengan nama gelarannya Zazo.

 

Zazo atau nama sebenarnya Zaleha Zolkeply merupakan seorang pelajar jurusan Muzik Persembahan (vokal) mempunyai suara yang sangat merdu dan pandai bermain gitar sejak 10 tahun yang lalu. Menariknya, Zazo tidak pernah mengambil mana-mana kelas gitar untuk mahir dalam memetik gitar. Dengan berbekalkan minat dan kesungguhan kini gadis berusia 25 tahun ini dapat bermain dengan alatan muzik kegemarannya dengan mahir.

 

Dirinya yang berbakat itu sering menjadi tumpuan ramai dikalangan artis dan ‘orang-orang’ kuat industri sehinggakan dirinya sering menerima pelbagai tawaran menyanyi dan menjadi pengiring gitar kepada artis yang ingin membuat persembahan.

 

Menariknya, Zazo pernah muncul di kaca tv bagi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) episode tentang bakat jalanan, Meletop, Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2014 (PIIACUF) dan banyak lagi. Dirinya mula menceburi bidang nyanyian sejak berusia 9 tahun dengan memasuki pertandingan nyanyian anjuran sekolah.

 

Gadis yang sangat meminati kumpulan 4 None Blonde ini sempat berkongsi rasa syukur dan gembira kerana terpilih untuk melakukan busking bersama 20 finalist Dewi Remaja. Dia juga tidak lokek berkongsi senarai lagu yang bakal di nyanyikannya nanti.

 

“Sebenarnya saya ada banyak list lagu yang nak dinyanyikan tetapi antaranya adalah seperti Whats up nyanyian artis kegemarannya, Fantasia Bulan Madu (Search) dan tidak ketinggalan Dialah Di Hati (Siti Nurhaliza).”

 

Malah Zazo juga tidak lepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berjaya buat semua finalis Dewi Remaja 2014/15 yang akan mengadakan persembahan flashmob di KL Sentral minggu hadapan dan enjoy!.